bombastix logo design new

BOMBASTIX.com merupakan sebuah syarikat media periklanan digital Malaysia yang memaparkan kandungan semasa dan terkini tentang percutian, permotoran, makanan, bola sepak, perumahan dan hiburan.

BOMBASTIX ditubuhkan pada Januari 2022 sebagai sebuah platform periklanan media digital di mana fokus kepada penulisan penceritaan dunia sebenar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Ia menghimpunkan kisah atau cerita yang ada di media sosial dibawah satu niche agar mudah diikuti oleh pembaca yang minat dalam sesuatu penulisan tersebut.

Setiap pembaca mempunyai minat pembacaan yang berbeza-beza. Jadi BOMBASTIX mengasingkan setiap penulisan, setiap kisah, setiap cerita mengikut niche masing-masing. Ia disusun di dalam portal dengan kemas dan teratur. Setiap penulisan juga dimasukkan sumber dari penulis tersebut. Sejak ditubuhkan, BOMBASTIX mendapati ramai berminat membaca dan mengikuti cerita dari apa yang mereka suka dan rasa dekat dengan mereka. Dari sini BOMBASTIX mudah untuk mengetahui dan fokus kepada siapa sasaran pengguna.

Daripada portal sedia ada, BOMBASTIX akan menghubungkan kandungan yang dihasilkan setiap hari ini melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan Youtube. Ini cara bagaimana BOMBASTIX sampaikan info terkini kepada pembaca.

Dengan cara ini ia akan menarik minat dari pelbagai jenis lapisan pembaca di seluruh Malaysia. BOMBASTIX bermula dari 0 dan jangkaan bakal menarik 1 juta pengunjung sebulan dan lebih 5 juta page views setiap bulan di masa akan datang. BOMBASTIX bakal berkembang menjadi sebuah media digital utama seiring dengan perkembangan teknologi internet semasa di mana semua orang mendapat info dari media sosial.

Pasukan BOMBASTIX di masa akan datang akan menambah baik kandungan portal yang ada melalui gaya penceritaan yang santai, mengikut keadaan semasa dan disunting dengan kemas melalui gaya dan visi tersendiri BOMBASTIX.

Media Sosial Bombastix

Pasukan Bombastix

cat1

Hafiz

PENGASAS DAN PENULIS

Merupakan usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk penulis Ebook, Copywriting, Ayat jualan dan Buku. Berpengalaman menghasilkan penulisan berpengaruh di media sosial. Sekarang memilih membuat perniagaan digital dan pemasaran online sepenuh masa.

cat2

Hafiza

KETUA EDITOR

Berpengalaman dalam menghasilkan penulisan berpengaruh dan merupakan Ghost Writer disebalik tadbir penulisan media sosial. Mahir dalam penulisan, semakan penulisan, muat naik kandungan dan memantau kerja penulisan yang diterima dari sumber luar.

cat3

Razlan

KETUA TEKNIKAL WEBSITE

Pakar dalam pembinaan laman web dan berkaitan teknikal website. Setiap website di Bombastix adalah di bawah pengurusan dan pemantauan beliau di mana beliau akan pastikan website berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

cat4

Somebody

PENULIS

Merupakan penulis sepenuh masa di Bombastix.com dengan menyumbangkan hasil karya penulisan yang menarik untuk bacaan umum. Berpengalaman dalam penulisan Blog dan bidang kreatif.

Hubungi Bombastix